Gempar! Rahsia Masjid Nabi Yang Dirahsiakan | Mungkin ada di antara kita masih lagi belum berpeluang untuk menjejakkan kaki ke Masjidil Haram. Antara tempat yang perlu dikunjungi adalah masjid Nabawi. Namun begitu, amat malang umat Islam hari ini apabila tidak lagi mengambil berat walaupun masjid yang amat dikasihi oleh Nabi SAW itu sendiri, iaitu Masjid an-Nabawi. Kisahbest.My difahamkan terdapat beberapa sudut dalam masjid ini telah dirahsiakan dari paparan umum. Apakah umat Islam lalai atau ia sengaja disembunyikan oleh pihak-pihak tertentu?
Umat Islam kini lebih mengambil tahu
apakah Rahsia Da Vinci Code daripada mengambil pengajaran yang telah
terpahat di tempat-temapt suci Islam terutama di Mekah dan Madinah. Da
Vinci Code adalah cerita dongeng kisah Nabi Isa a.s yang direka oleh
yahudi bagi memesongkan manusia tetapi segala tulisan yang terdapat
disekeliling masjid an-Nabawi dan juga Masjidil Haram adalah bertujuan
untuk memberi pengajaran kepada umat Islam. Tetapi kenapakah tiada usaha
untuk memeliharanya, seperti di Masjid an-Nabawi sendiri banyak
tulisan-tulisan itu sengaja di cat supaya tidak kelihatan dan banyak
pula telah ditutup samasekali supaya tidak kelihatan, apakah rahsianya?
Janganlah ditanya tentang ayat-ayat yang
terdapat di Masjidil Haram Mekah, semuanya telah hancur menjadi debu.
Mereka menganggap pembangunan yang tersergam indahlah yang menawan
berbanding ayat-ayat peringatan dan puisi-puisi yang memuji dan
mengagungkan Allah yang dilahirkan dengan penuh tawadhuk oleh alim
ulamak terdahulu dan diabadikan bagi penghayatan umat Islam yang
kemudian. Itulah harapan oleh ulamak yang mulia yang hampir dengan zaman
nabi terhadap umat Islam akhir zaman, tetapi sayangnya semua itu tidak
dihargai oleh kita umat Islam.
Tidak seperti peninggalan Nabi s.a.w di Masjid Nabawi dan Masjidil
Haram, peninggalan kaum Thamud di Madain Saleh mendapat penjagaan rapi
oleh pihak berkuasa Saudi (http://saudi-archaeology.com)
Tulisan piramid dipelihara dengan rapi tapi peninggalan Nabi s.a.w diabaikan
Umat Islam lebih mengkagumi Piramid dan
berusaha memelihara sebaik mungkin tulisan-tulisan yang dibuat oleh
Firaun kerana kononnya untuk mencari rahsia Piramid, padahal
tulisan-tulisan tersebut hanyalah memuja Firaun yang di anggap tuhan
oleh mereka seperti telah di terangkan dalam banyak ayat quran.
Amat hairan kenapa langkah yang sedemikian tidak diambil terhadap
segala peninggalan Rasulullah bukan setakat tempat tinggal Rasulullah
tetapi tempat baginda bertahajjud dalam masjid nabi pun disembunyikan.
Tulisan didinding timur makam dihapuskan – dalam petak merah
Tulisan didinding sebelah dinding barat juga dihapuskan
Tulisan khat asal telah ditutup dengan bingkai besi
Tulisan asal sebelum diletakkan bingkai berada dibelakang tirai
Kotak bertanda hijau dalam gambar diatas merupakan tempat yang paling disukai oleh baginda Nabi s.a.w mengerjakan solat tahajjud. Tetapi pihak berkuasa Saudi telah menutupnya Mehrab Tahajjud ini dengan rak-rak buku. Timbul persoalan apakah tujuan menyembunyikan tempat yang mempunyai nilai yang tinggi untuk umat Islam dalam menghayati perjalanan hidup Rasulullah s.a.w.
Inilah Mehrab Tahajjud yang asal sebelum ditutup oleh pihak berkuasa Saudi
Mehrab Tahajjud ditutupi dengan rak buku
Tidak ada komentar:
Posting Komentar