Senin, 12 Agustus 2013

Terkini! Video Kemalangan Ngeri Kereta Api Di Sepanyo

Terkini! Video Kemalangan Ngeri Kereta Api Di Sepanyol | Semalam baru sahaja KisahBest.My berkongsi tentang satu kemalangan ngeri yang membabitkan sebuah kereta api di Sepanyol (LINK). Pada kali ini, kami telah cuba mendapatkan video pula untuk tatapan secara langsung buat anda. Kami juga difahamkan, video ini baru sahaja dikeluarkan dan ia menunjukkan saat-saat terakhir keretapi berkenaan sebelum tergelincir dan membunuh 80 orang. Video berkenaan yang ditunjukkan hanya selama 10 saat, menunjukkan keretapi itu yang sedang melalui satu lengkung sebelum beberapa gerabak di tengah keretapi terkeluar dari landasan. Boleh tonton video di atas ini.
train

Ia terus menarik sekali gerabak di belakang untuk sama-sama tergelincir dan melanggar kepala keretapi itu.
Visual tragedi itu pada awalnya ditayangkan di laman web portal Sepanyol Zoom News yang kemudiannya muncul di laman YouTube dan seterusnya beberapa laman web media lain.
Menurut Zoom News, video berkenaan diperolehi daripada satu kamera keselamatan yang dipasang di landasan berkenaan.
Sehingga kini, pihak berkuasa masih belum menemui punca yang menyebabkan insiden buruk itu tetapi menurut laporan keretapi itu pada masa kejadian sedang bergerak laju dengan kelajuan 190 kilometer sejam, lebih dua kali ganda dari kelajuan dibenarkan.
Keretapi itu membawa 218 orang penumpang dan empat krew dari Madrid menuju sebuah bandar di tepi pantai Ferrol.
Ia adalah tragedi keretapi paling buruk sejak tahun 1944. – Sumber AFP

Tidak ada komentar:

Posting Komentar